Hingga kini hanya dua sahaja pembuat utama kapal terbang yang membuat kapal terbang untuk tujuan komersil iaitu Boeing dari America dan Airbus dari Toulouse, France. Walau bagaimanapun, pesawat udara (aircraft) telah diklasifikasikan mengikut jenis-jenis nya.
Ringan daripada udara ( lighter than air)
Ringan daripada udara ialah ketegori dimana cara pesawat udara itu terbang. Jika anda lihat dalam kategori ini ada dua jenis sahaja iaitu kapal udara (airship) dan belon udara panas (hot air baloon). Pesawat udara ini diapungkan menggunakan gas Helium yang sedia maklum ketumpatan nya lebih ringan daripada udara. Pernah tengok badut sarkas bawa belon yang terapung tu? Kerana itulah airship dan hot air baloon adalah lighter than air.
Berat daripada udara (heavier than air)
Berat daripada udara ialah kategori dimana kapal terbang itu diterbangkan dengan menggunakan sesuatu supaya ia mampu terbang dan terapung. Sebagai contoh, semua jenis kapal terbang dan helikopter adalah berat daripada udara. Yang membezakan mereka sama ada daripada jenis berenjin atau tidak berenjin dan juga jenis bersayap (kapal terbang) atau bilah-bilah rotor (rotorcraft).
No comments:
Post a Comment